Assalamualaikum..
Sekarang nie
fenomena listen sangat hebakkk di kalangan mahasiswa..Mula2 pelik sangat apsal
banyak sangat yang update status kt FB mesti nak cakap listen2.. Rupa2 nya
ketinggalan zaman sudaa..heee~
Isunya bermula
bila Bawani (mahasiswa UUM) dimalukan dikhalayak ramai oleh Pengerusi Suara
Wanita 1 Malaysia (SW1M) iaitu Puan Sharifah
Zohra. Saya sekadar berkongsi. Anda semua mempunyai pendapat masing-masing. So,
it’s up to you… memang nampak agak kurang ajar cara Puan Sharifah Zohra melayan
Bawani. Bawani belum habis lagi bercakap… Kesiannn Bawani… Tapi kita pun tak
tau situasi sebenar kann..
Ini kononnya kenyataan dari wakil
UUM
Kami dari Persatuan Pengurusan
Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu
Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani
KS dimalukan di depan khalayak ramai.
1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia
yang memperlekehkan dan memperkotak – katikkan soalan yang dikemukan oleh
suadari Bawani.
2. Dalam mana-mana forum, para
panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk
disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan
memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada
kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.
3. Kami
merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik
sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu,
kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak
Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.
4. Sewajarnya,
sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri
dengan ILMU dan NILAI – NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat
penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh
pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi taruhan.
5. Kejadian
yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut
disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis
forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan
yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar – pelajar di dalam dewan itu
masih dalam proses belajar.
So, cne pulak
dengan kenyataan nie :
P/S: Kalau la Bawani tu salah pun, tak perlu la nak rendah2 kan orang...macam hebakkk sangat. Kita tak boleh compare Malaysia dengan negara lain tapi agak2 compare dengan binatang tu boleh la yee..