Saturday, 19 January 2013

LISTEN, LISTEN, LISTEN, LISTEN, LISTEN

Assalamualaikum..

Sekarang nie fenomena listen sangat hebakkk di kalangan mahasiswa..Mula2 pelik sangat apsal banyak sangat yang update status kt FB mesti nak cakap listen2.. Rupa2 nya ketinggalan zaman sudaa..heee~ 

Isunya bermula bila Bawani (mahasiswa UUM) dimalukan dikhalayak ramai oleh Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M)  iaitu Puan Sharifah Zohra. Saya sekadar berkongsi. Anda semua mempunyai pendapat masing-masing. So, it’s up to you… memang nampak agak kurang ajar cara Puan Sharifah Zohra melayan Bawani. Bawani belum habis lagi bercakap… Kesiannn Bawani… Tapi kita pun tak tau situasi sebenar kann..




Ini kononnya kenyataan dari wakil UUM 

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

 1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak – katikkan soalan yang dikemukan oleh suadari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI – NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi taruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar – pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

So, cne pulak dengan kenyataan nie :




P/S: Kalau la Bawani tu salah pun, tak perlu la nak rendah2 kan orang...macam hebakkk sangat. Kita tak boleh compare Malaysia dengan negara lain tapi agak2 compare dengan binatang tu boleh la yee..



 

No comments:

Post a Comment